Showing posts with label registration. Show all posts
Showing posts with label registration. Show all posts

Tuesday, 24 November 2009

Travelling to Birmingham?

Terdapat berbagai-bagai cara untuk ke tempat program. Antaranya ialah dengan menggunakan kemudahan awam seperti tren, bas dan kapal terbang. Bagi yang ingin menggunakan kenderaan sendiri, anda boleh mendapatkan info di sini.

Maklumat tambahan iaitu untuk perjalanan dari Stesen Birmingham New Street ke University of Birmingham/Selly Oak ialah seperti berikut.

Menggunakan Bas
Bas-bas bernombor 61, 62 dan 63 kesemuanya melalui universiti. Tambang bagi satu perjalanan maksimum ialah GBP 1.70, tunai. Anda dinasihatkan untuk membawa syiling secukupnya ketika membayar tambang bas kerana duit baki tidak akan dipulangkan.

Menggunakan Tren 
Daripada Stesen Keretapi Birmingham New Street, stesen-stesen yang menghubungkan universti dan kawasan perumahan pelajar adalah University Birmingham dan Selly Oak. Tren ini kebiasaannya menghala ke Longbridge, Redditch dan Kings Norton. Sekiranya peserta akan ke tempat program pada pagi Sabtu, bolehlah membeli tiket ke Universty Birmingham. Kadar tiket untuk pergi balik ialah GBP 1.70. Manakala bagi yang akan bermalam di rumah sahabat-handai, bolehlah membeli tiket ke Selly Oak, juga dengan kadar GBP 1.70. Kadar harga tren lebih murah selepas jam 6.30pm. Perjalanan dari New Street ke University Birmingham mengambil masa 8 minit dan ditambah 3 minit lagi ke Selly Oak.

Sekiranya anda menghadapi masalah, bolehlah menghubungi nama-nama yang telah dinyatakan di dalam post sebelum ini. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan menghubungi mereka lebih awal bagi mengelakkan masalah di akhir waktu.

Wallahua'lam, semoga bermanfaat.
Sebarang Pertanyaan?


Assalamualaikum wbt


Menjelang Program EWB yang bakal menyusul lebih kurang 11 hari sahaja lagi, kami memohon maaf atas kekurangan pihak teknikaliti menguruskan blog ini.


Sedikit maklumat berguna untuk memudahkan peserta ke tempat program, baik yang bermalam ataupun balik hari, anda bolehlah menghubungi nama-nama berikut bagi urusan penginapan, juga sebarang pertanyaan mengenai program ini.


Muslimin
Muhammad Azri bin Rosli - 07789001078
Muhammad Hafiezul Hafizz bin Hussin - 07522330629
Azamuddin Ya'acob - 07889126276

Muslimat
Maisarah Mohd - 07980459772
Aqidah Ramli - 07590122387
Nur Ain Jamhari - 07989121415

Moga bermanfaat.

Pendaftaran!


Assalamualaikum wbt
Pendaftaran akan ditutup pada 28 November 2009, justeru kepada yang berminat anda masih boleh mendaftarkan diri.


Walaubagaimanapun, jumlah peserta yang mendaftarkan diri sudah mencecah had iaitu 120. Sekiranya anda sudah mendaftar, dan masih belum mendapat pengesahan pendaftaran, maka nama anda sedang dimasukkan ke senarai menunggu. InshaAllah, kami akan memaklumkan secepat mungkin kepada anda berkenaan pengesahan sekiranya anda termasuk dalam senarai menunggu. Sekiranya ada penarikan diri, maka peluang anda menyertai program ini pasti ada.


Pihak kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke Birmingham. Jumpa di sana!

Tuesday, 10 November 2009