Sunday 29 November 2009

Pendaftaran Ditutup


Assalamualaikum wbt


Pendaftaran EWB sudah pun ditutup pada jam 2359, 28 November. Kepada yang tidak berpeluang mengikuti dan mendaftar, janganlah bersedih. InshaAllah banyak lagi program menarik yag menghimpunkan speaker-speaker yang mantap ini bakal diadakan di mana-mana tempat di UK mahupun Ireland di masa akan datang. Semuanya terpulang kepada kita untuk mencarinya.


Pihak kami juga berbesar hati untuk menerima kunjungan para peserta ke Brmingham pada 4 Disember nanti. Hubungilah wakil-wakil yang telah kami letakkan nombor perhubungan mereka di post yang lepas agar memudahkan kerja kalian menghadiri dan menginap di Birmingham.


Kepada yang mendapat peluang untuk hadir juga, datanglah dengan niat untuk menambah ilmu pengetahuan, meningkatkan intelektual serta macam-macam lagi niat yang bak ke program EWB kali ini. Jangan lupa pasang niat untuk balik dan kongsikan kepada rakan-rakan yang lain pasca program EWB nanti.


Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan dari Allah hendaknya. Jumpa kalian di Birmingham!


Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment