Tuesday 24 November 2009

Travelling to Birmingham?

Terdapat berbagai-bagai cara untuk ke tempat program. Antaranya ialah dengan menggunakan kemudahan awam seperti tren, bas dan kapal terbang. Bagi yang ingin menggunakan kenderaan sendiri, anda boleh mendapatkan info di sini.

Maklumat tambahan iaitu untuk perjalanan dari Stesen Birmingham New Street ke University of Birmingham/Selly Oak ialah seperti berikut.

Menggunakan Bas
Bas-bas bernombor 61, 62 dan 63 kesemuanya melalui universiti. Tambang bagi satu perjalanan maksimum ialah GBP 1.70, tunai. Anda dinasihatkan untuk membawa syiling secukupnya ketika membayar tambang bas kerana duit baki tidak akan dipulangkan.

Menggunakan Tren 
Daripada Stesen Keretapi Birmingham New Street, stesen-stesen yang menghubungkan universti dan kawasan perumahan pelajar adalah University Birmingham dan Selly Oak. Tren ini kebiasaannya menghala ke Longbridge, Redditch dan Kings Norton. Sekiranya peserta akan ke tempat program pada pagi Sabtu, bolehlah membeli tiket ke Universty Birmingham. Kadar tiket untuk pergi balik ialah GBP 1.70. Manakala bagi yang akan bermalam di rumah sahabat-handai, bolehlah membeli tiket ke Selly Oak, juga dengan kadar GBP 1.70. Kadar harga tren lebih murah selepas jam 6.30pm. Perjalanan dari New Street ke University Birmingham mengambil masa 8 minit dan ditambah 3 minit lagi ke Selly Oak.

Sekiranya anda menghadapi masalah, bolehlah menghubungi nama-nama yang telah dinyatakan di dalam post sebelum ini. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan menghubungi mereka lebih awal bagi mengelakkan masalah di akhir waktu.

Wallahua'lam, semoga bermanfaat.

2 comments:

  1. Salam'alaikum wbt,

    bila dah sampai kat birm uni nak pegi ke mana? apa nama bangunan tu? maaf kalau dah ada cakap tp mungkin saya terlepas pandang.

    Syukran.

    ReplyDelete
  2. Nama bangunan itu adalah Nuffield Building, Room G17.

    ReplyDelete